Hari ini ialah hari raya aidiladha.Walaupun hari ini hari raya aidiladha tetapi saya rasa macam cuti sekolah biasa.Tetapi saya rasa gembira juga kerana keluarga kami dapat berkumpul.Biasanya ayah akan pergi kerja tetapi hari ini ayah saya ambil cuti.Mesti pelik ,keluarga dah berkumpul , tetapi tak dapat balik kampung kerana ada sebab - sebab tertentu.
kami sarapan hanya air teh & mertabak maggi . Mungkin orang lain ada makan ketupat dan lain - lain . Tapi kami bersyukur walaupun kami tidak sama dengan orang lain tetapi kami bersyukur kerana masih lagi ada makanan dan minuman . Insyallah kalau ada rezeki kami akan balik kampung menziarahi nenek dan atuk di mersing.
Akhir kata , kami sekeluarga ingin mengucapkan "selamat hari raya aidiladha".