lupa pulak nak tulis.dah berkurun dah pergi rombongan ni.maklumlah masa tu nak tumpukan perhatian dengan UPSR dan SDEA.sekarang dah ada masa baru senang nak tulis.baru seronok.banyak ni nak buat.okeylah nak mulakan cerita nie...
masa tu cikgu zanariah ada cakap siapa nak pergi rombongan.bunyi macam seronok ialah dengan kawan2 mestilah seronok.bayaran cuma RM 150 je...okeylah tu. 3 hari 2 malam.tidur dekat apartmen.tarikh pergi rombongan ni 1,2 dan 3 oktober.kitaorang dibahagikan dalam kumpulan dan mempunyai seorang cikgu pembimbing.saya berada dalam kumpulan yang ke 11kut...:).ahli2 kumpulan saya ialah saya,zanira,najjuwa,humairah, najib dan juga afif.ketua kumpulan najjuwa manakala humairah penolong ketua kumpulan.yang lain-lain tu ahli biasa sajalah.guru pembimbing kami ialah cikgu yusniza.best dengan cikgu ni....sporting....:D.
bermula lah kisah...hai dari tadi x mula-mula.malam sabtu(hari jumaat) kitaorang yang pergi kena datang sekolah bertolak kira-kira pukul 9.00 malam.ada 2 bas persiaran.saya dapat bas yang kedua.pemandu dia india tpi okeylah..dia memahami kita yang orang melayu yang beragama islam.jika kitaorang baca doa tanp disuruh orang tu perlahankan radio.basnya pun okey.tak berbau.kalau dulu naik bas india astagfirullahhalazim dengan lagu tamil dia bau asap rokok macam nak lemas.macam nak mati terus senang.tapi kena sabar jelah , dah lah masa tu nak pergi ke perak jauh terima jelah.hmmm dah terpesong pulak.okey sampai perhentian solat subuh.pastu belilah makanan buat alas perut.moga-moga kitaorang semua tak tinggal apa - apa lagi2 kita,lupanya sayalah orang yang pertama tinggal barang.saya tertinggal telekung.dahlah telekung mahal(xdelah mahal sangat pun).malu sangat rasa...pastu bila dah sampai cameron kitaorang diminta keluar untuk membeli sarapan.saya makan sikit je oranglain RM 5 tapi saya RM2 ringgit je siap dengan air sekali.nasi goreng dengan air milo panas.dekat sana mengalahkan berada dalam peti sejuk rasa.dah pakai baju sejukpun rasa macam tak cukup baju nak dipakainye.lepas makan,kami semua mula pergi ke destinasi yang dituju seperti kilang boh.di sana saya dapta mengetahui cara-cara untuk menghsilkan teh boh tersebut.sangat canggih mesin-mesin yang berada di sana.pastu pergi ke tmpt strawberi,dan macam2 lagi.huhh penat.masa tu zanira demam dia tak ade selera makan,saya nak simpan duit.pastu dia demam2 pergi beli aiskrim strwberi sedap,fresh dan lazat.saya tak beli pun.mula2 cikgu asiah yang bagi dia suruh habiskan apa lagi dengan muka tembok saya ni saya habiskan,pastu cikgu zuraidah bagi strawberi yang atsnye ade coklat saya ambil lagi.(iyalah takkan tengok je..:D)pastu zanira kata dia tak ade selera makan,padahal belum bukak lagi penutup tu pehhh rezeki jangan ditolak depan mata mmg kenyang dan tidak keluar duit walau 1 sen pun.seronok :D.lepas tu pergi jalan2 semua dah malam pergi apartmen kita.besar cantik.perempuan ada 2 bilik sebab perempuan ramai pergi laki 1 bilik je.satu tempat tu da 3 bilik.satu untuk cikgu,satulagi untuk budak darjah lima dan satu lagi budak darjah empat.drjh enam macam kita nie kena selit-selit jelah.yang tak cukup tidur kat ruang tamu.saya dapat selit-selit dengan budak darjah empt.mula2 nak kat luar biar dapat tgk tv tapi cikgu suruh saya tidur dalam bilik jadi saya tidur jelah.besok bangun pukul 5.00 pg.saya orang pertama yang bangun sebab kesejukan.rupa-rupanya tingkap dekat bilik tu terbukak sebab semalam zakiah kata nak bukak kejap nanti dia tutup balik tapi sebaliknya.saya terus tutup tingkp tu sambil saya menutup tingkap saya nampak kabus tebal.baru tahu mmg dekat cameron ni sejuk sangat lagi2 waktu subuh.ingat nak sambg tidur tapi x boleh jadi saya terus tukar baju.xnak saya nak mandi mati kesejukan rasanya.saya terus tukar baju dan pakai baju sejuk.lepas semua dah bersiap kami keluar untuk menunggu bas.sambil menunggu saya mengambil gambar buat kenang-kenangan tanpa di sedari dompet saya sudah hilang duit dalam dompet itu ada RM114.takut saya rasa macam nak menanggis.saya bagi tau nurul aiman hidayati.dia mmg kawan yang best...mmg baik.ya allah,murahkan rezeki budak itu.walaupun dia sedang sibuk mengambil gambar rakan2yang lin tapi dia tetap menemani saya untuk mencari dompet tersebut.saya dgn dia terus pergi ke tingkat 3.saya cari tapi tak jumpa,saya lagi risau jadi saya cuba untuk cari kat bwh mgkn tercicir kat mana2.bukak saja pintu lif say terus nmpk saya punya dompet.alhamdullilah,bersyukur sangat.Nurul Aiman Hidayati mmg banyak menolong saya pada saat2 cemas dulu masa drjh 4 saya dilantik untuk menjadi pustakawan saya cakap dgn semua orang sesiapa yang jumpa surat perlantikan menjadi pengawas perpustakaan saya akan bagi RM 5.hanya nurul sahaja yang jumpa ni pulak pasal dompet.mmg dia ialah kawan yang susah untuk dicari di bumi ini walaupun saya ini bukan rapat ngan dia lagipun dia mempunyai geng dia sendiri tapi dia tetap baik dengan semua orang.sudah terpesong lagi...
lepas dah jumpa dompet tu bas kami sampai ,kami beratur dan terus masuk ke dalam bas.kami terus menuju ke destinasi iatu ke Melaka.di melaka kami sempat merasa untuk menaiki bot.seronok.di situ kita boleh lihat bangunan2 bersejarah.laut yang kami lau itu dulu sangat popular dengan barang import dari india,china dan negara2 asia lain.pastu beli -belah itu jelah.rasa macam dah banyak sangat ni tulis lenguh nak menulisnye .okeylah dah lapar nie nak gi mencekik dulu bye...